-----------------------

Tiga buku pertama yang ditulis dan diterbitkan saya.

The first three books written and published by me.

"Berpetualang ke Aceh: Mencari Diri dan Erti".

ISBN 983-42031-0-1, Jun 2006

"Berpetualang ke Aceh: Membela Syiar yang Asal"

ISBN 983-42031-1-x, Mei 2007

"Berpetualang ke Aceh: Sirih Pulang ke Gagang?"

ISBN 978-983-42031-2-2, November 2007

Buku keempat bertajuk "Rumah Azan". Diterbitkan April 2009 oleh syarikat Karnadya dengan pertolongan Dewan Bahasa dan Pustaka, buku ini memaparkan gambar-gambar cantik berserta cerita di sebalik masjid-masjid terpilih yang boleh dikaitkan dengan sejarah Melayu Islam dan pembentukan negara Malaysia.

The fourth book titled "Rumah Azan". Published in April 2009 by the company Karnadya with the help of Dewan Bahasa dan Pustaka, this book features beautiful pictures along with stories behind selected mosques which could be related to the history of Islam and the Malays and the formation of the nation of Malaysia.

Buku kelima saya "Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW and Malay Sultanates" diterbitkan awal 2010. Ia merupakan terjemahan buku "Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu" karangan Hj Muzaffar Mohamad dan Tun Suzana Othman ke dalam bahasa Inggeris untuk pasaran antarabangsa.

My fifth book "Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW and Malay Sultanates" was published early 2010. It is a translation of the Malay-language book "Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu" authored by Hj Muzaffar Mohamad and Tun Suzana Othman turned into English for the international market.

Seperti buku ke-empat saya "Rumah Azan", buku ke-enam "Kereta Api Menuju Destinasi" juga adalah buku mewah yang diterbitkan oleh syarikat Karnadya dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka. Keluar Januari 2011 ia memaparkan gambar dan cerita tentang pengembaraan menaiki keretapi ke seluruh Semenanjung Malaysia berserta tempat-tempat menarik yang boleh dicapai dengan cara ini.

Like my fourth book "Rumah Azan", the sixth book "Kereta Api Menuju Destinasi" is also a coffee-table book which is published by the company Karnadya with the cooperation of Dewan Bahasa dan Pustaka (the main Malay literary body in Malaysia). Coming out January 2011 it features pictures and stories on the adventure travelling by train to all of Peninsular Malaysia along with the interesting places which could be reached this way.

Buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" pula ada sebuah coffee-table book atau buku mewah yang ditulis, disunting, direkaletak dan gambar-gambarnya diambil sendiri oleh saya. Keluar dari kilang Oktober 2011, buku yang menggabungkan sejarah keluarga dengan sejarah tempat-tempat seperti Singapura, Johor, Batu Pahat, Muar malah ada sejarah Pulau Jawa dan Inggeris sekali ini telah diulas dengan saya ditemu ramah secara langsung dalam program Selamat Pagi Malaysia di RTM1. Lihat artikel Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia. Sedikit isi terpilih ada dipaparkan dalam Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah".

My seventh book "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" in turn is a coffee-table book which is written, editted, designed and has pictures taken by me. Coming out of the factory October 2011, this book which combines family history with history of places such as Singapura, Johor, Batu Pahat, Muar and in fact the history of the island of Java and England has been reviewed with me interviewed live in the program Selamat Pagi Malaysia at RTM1. Look at the article Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia. Some selected contents have been featured in Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah".

----------------------------

Untuk maklumat lanjut sila masuk http://www.merahsilu.blogspot.com/

For more information, please enter http://www.merahsilu.blogspot.com/

----------------------------

Terbaru : Siri novel "Berpetualang ke Aceh" kini boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan pergi ke mukasurat 4. Anda juga boleh taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1, Buku 2 dan Buku 3.

Latest : The "Berpetualang ke Aceh" series of novels could now be obtained in e-book form. Enter http://www.e-sentral.com/, click general novel and go to page 4. You can also type the word "Aceh" at the search box. Or click straight Book 1, Book 2 and Book 3.

Friday, August 08, 2008

Makam (tomb of) Dol Said...

Rasanya ramai anak Malaysia pernah mendengar nama Dol Said, seorang pejuang Melayu yang melawan pemerintahan penjajah Inggeris. Sekarang, mari kita melawat makam beliau. Mari! :]

Me feels many Malaysian citizens have heard the name Dol Said, a Malay fighter who fought again the rule of the colonialist English (or British?). Now, let us pay a visit to his tomb. Come! :]


Sekitar 1km daripada bangunan tol lebuhraya PLUS di Alor Gajah, Melaka, di jalan utama menghala ke Negeri Sembilan, kelihatan masjid dengan papan tanda ini di tepi jalan...

Around 1km from the PLUS highway tol building in Alor Gajah, Melaka, on the main road heading to Negeri Sembilan, one could see this mosque with the signboard just besides the road...


Dari tepian masjid, boleh kelihatan sebuah bangunan kuning makam yang terserlah...

From the sides of the mosque, one could see a yellow tomb building which stands out...

Saya terpaksa turun melalui tangga yang kelihatan ini untuk sampai ke sekitar makam itu!

I had to climb down using the ladder seen here to get to the area around the tomb!


Adapun masjid ini terletak di lereng bukit, di bawahnya terdapat sebuah tanah perkuburan sederhana besar... Terdapat juga beberapa buah makam lain agak terserlah, tak tahu milik siapa.

As it is the mosque lies on a hill slope, besides it is a medium sized cemetery area... There's also a few other tombs which stand out, but I don't know to whom it belongs to.

Inilah makam Dol Said...

This is the tomb of Dol Said...

Siapa itu Dol Said? Beliau adalah penghulu ke 9 wilayah Naning, dilantik tahun 1802. Pihak Inggeris di Melaka telah menuntut agar Naning membayar sejumlah cukai tetapi ditolak Dol Said. Naning pun diserang Inggeris tetapi Dol Said dan orang-orangnya dapat mengalahkan mereka!

Who is Dol Said? He is the 9th chief of the province of Naning, installed in the year 1802. The English in Melaka demanded that Naning should a pay a measure of tax but Dol Said refused. And so Naning was attacked by the English but Dol Said and his people managed to repulse the invaders!


Naning diserang lagi Mei 1832. Jumlah yang terkorban dari kedua-dua pihak menyebabkan Dol Said menyerah kalah 1834... Ini kerana ramai yang terkorban adalah orang Melayu juga. Kerana Inggeris berjaya mendapat sokongan orang Melayu dari kumpulan lain untuk turut menyerang Naning!

Naning was attacked again in May 1832. The number of those killed from both sides made Dol Said surrender in 1834... This is because many of those killed were Malays too. Because the English managed to garner the support of some Malays from a different group to go along attacking Naning!


Dol Said diberi pencen oleh Inggeris. Beliau meninggal dunia 1849.

Dol Said was given pension by the English. He died in the year 1849.


Dari makam Dol Said saya memandang lagi ke masjid. Baru kelihatan jalan lebih mudah untuk sampai ke makam dari masjid iaitu di belah kiri gambar ini!

From the tomb of Dol Said, I looked again at the mosque. Then only I saw an easier route to get to the tomb from the mosque that is on the left inside this picture!


Gambar makam Dol Said berserta masjid...

A picture of the tomb of Dol Said along with the mosque...


Bila saya naik kembali ke masjid, baru saya tahu inilah dia Masjid Taboh Naning. Timbul rasa satu hari nanti saya mesti bermalam di sini. Sekian! :]

When I came back up to the mosque, then only I realised this is the mosque of Taboh Naning. Came the feeling that one day I must spend the night here. That's all! :]

Makam (tomb of) Sultan Hussin Shah di (in) Melaka...

Disambung dari artikel Masjid (Mosque of) Tengkera, Melaka.

Continuing from the article Masjid (Mosque of) Tengkera, Melaka.

Di luar perkarangan Masjid Tengkera, terletak satu tanah perkuburan Islam.

Just outside the courtyard of the mosque of Tengkera, there lies a Muslim cemetery.


Pada satu sudut tanah perkuburan itu terdapat sebuah makam tertentu!

At one corner of the cemetery there lies a certain tomb!

Makam ini ditanda sebagai satu tempat bersejarah. Ia adalah milik Sultan Hussin Shah, seorang Sultan empayar Johor-Riau-Lingga abad ke 19 Masihi. Untuk bacaan lanjut, sila klik dan buka gambar di atas ini dalam windows lain ya... Sila!

This tomb is gazetted as a place of much historical value. It is owned by Sultan Hussin Shah, a Sultan of the Johor-Riau-Lingga in the 19th Century. For more information, please click and open the picture above in another window ya... Go on!

Sekarang mari kita ke makam.

Now let's go to the tomb.

Adapun pada zaman pemerintahan Sultan inilah berlakunya Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 yang menyaksikan bumi Melayu khususnya empayar Johor-Riau-Lingga yang dikatakan mewarisi kekuasaan empayar Melaka terpecah dua... Jadi satu bahagian yang dikuasa penjajah Inggeris, satu lagi bahagian yang dikuasai Belanda.

As it is, it was during the rule of this Sultan that the English-Dutch Treaty of 1824 was signed resulting in the Malay world especially the Johor-Riau-Lingga empire which is said to be the continuation of the powers and influence of the Melaka empire broken into two... Becoming one part controlled by the colonialist English, another part with the Dutch holding sway.

Singapura yang pernah menjadi pusat pemerintahan empayar itu zaman Sultan Hussin pula tergadai kepada Inggeris lalu dijadikan pengkalan mereka. Natijahnya, Singapura terus menjadi pengkalan kuasa-kuasa asing yang mahu menggugat kedaulatan orang Melayu hingga ke hari ini!

Singapura (please, I dispise using the Anglicised word Singapore much like I dispise using the word Malacca for Melaka) which used to be the centre of administration during the rule of Sultan Hussin was thus practically pawned to the English (or British) and became their main fort. The result, Singapura continued to become the main base for foreign forces to threaten the sovereignity of the Malay people till this very day!


Sultan Hussin terpaksa keluar Singapura lalu menetap di Melaka dan mangkat di sini. Sejarah moden menyaksikan bahagian tanah Melayu yang dikuasai Inggeris kemudian muncul menjadi negara Malaysia, bahagian yang dikuasai Belanda jadi Republik Indonesia. Singapura pula dikuasai bangsa bukan Melayu. Oh, untuk pengetahuan, Sultan Hussin adalah ayahanda kepada Sultan Baginda Ali. Baca balik artikel ini Makam (tomb of) Baginda Ali. Sekian! :]

Sultan Hussin was forced to leave Singapura and thus resided in Melaka where he died at. Modern history has witnessed the part of the Malay lands under English influenced then emerged as the nation of Malaysia, the parts under Dutch influence became the Republic of Indonesia. Singapura in turn is controlled by non-Malays. Oh, for information, Sultan Hussin is the father to Sultan Baginda Ali. Read back this article Makam (tomb of) Baginda Ali. That's all! :]

Monday, August 04, 2008

Masjid (Mosque of) Tengkera, Melaka

Pada hujung minggu baru-baru ini, saya telah pergi ke Melaka seketika... Singgah sebentar di masjid ini mengambil gambar. Mari! :]
During the recent weekend, I went for a short trip to Melaka. Stopped by at this mosqe to take some pictures. Come! :]


Ini adalah Masjid Tengkera, sekitar 3km di utara pusat bandaraya Melaka...

This is the mosque of Tengkera, some 3km north of the Melaka city centre...


Ia adalah salah satu masjid yang memiliki senibina tercantik di Melaka, mungkin juga di seluruh Malaysia!

It is one of the mosque with the most beautiful architecture in Melaka, perhaps in the whole of Malaysia!


Menaranya mungkin kelihatan lama tapi biasa sahaja.

Its tower might look old but common.


Cuba masuk ke serambi dan dalamnya, nescaya anda boleh terpukau dengan senibinanya!

Just try going into the verandah and inside, you just might find yourself mesmerised with the architecture!





Lihat pintu-pintunya yang terukir cantik...
Look at the doors with its ornate beautiful carvings...


Dalam dewan utama...

Inside the main hall...


Kolam mengambil air wudhuk. Mungkin saya sampai pada masa yang kurang baik, ketika kolam sedang kering. Mungkin ada kerja-kerja membaik-pulih...

The pool for taking abolution. Maybe I came at an unfortunate time, while the pool is dry. Maybe because it is undergoing some restoration works...

Apapun, tidak dapat dinafikan seninya di dalam. Lihat sahaja mimbar ini!

Whatever, you couldn't deny the art inside. Just look at this pulpit!

Untuk sejarah masjid ini, baca sendiri maklumat ini ya. Anda boleh besarkan dengan membukanya di laman baru menggunakan butang kanan tetikus. Sekian! :]

For the history of this mosque, just read this information ya. You can enlarge it by opening it in a new page using the right button of the mouse. That's all! :]